Teknik Baca Cepat Baca Cepat

Teknik Baca Cepat

oleh Lina Karim

Ebook ini mengandungi modul yang terancang untuk melatih seseorang meningkatkan kelajuan membaca. Ia akan membuka minda kita bahawa membaca di zaman ini tidak sepatutnya mengikut cara kita diajar membaca semasa kecil. Dalam zaman teknologi yang ilmu terlalu banyak dan mudah didapati, masalah utama kita adalah membacanya dengan cepat. Jika kecepatan kita tidak dinaikkan, maka kita akan mudah ketinggalan dan bosan. Seterusnya buku yang baru dibeli, diletak semula dan tinggal untuk mengumpul habuk.
  • Kaedah Yang Akan Meningkatkan Kelajuan Membaca

Kaedah Yang Akan Meningkatkan Kelajuan Membaca

Secara purata, masyarakat kita membaca pada kelajuan 140-170 patah perkataan seminit dengan kefahaman 75% apa yang dibaca. Speed reading pula adalah kemahiran meningkatkan kelajuan kepada sekurang-kurangnya  700 patah perkataan seminit dengan kefahaman tetap 75% tadi. Ada beberapa sebab yang menyebabkan seseorang itu berbeza kelajuan membacanya antara satu sama lain. Carta di sebelah adalah apa yang dirangkumkan tentang sebab-sebab tersebut, Kemahiran ini adalah penting kerana ia dapat menjadikan seseorang itu berkebolehan :

  • Mengemaskini informasi lebih awal dari orang lain hingga menjadi tempat orang lain merujuk sesuatu perkara
  • Menjadi pemula inovasi atau pemula idea dan seterusnya menaikkan ketrampilan diri
  • Membantu mempercepatkan penyelesaian usaha sesuatu projek
  • Membantu belajar dengan cepat tentang teknologi yang bertukar ganti terutamanya teknologi
  • Mengurangkan stress apabila sesuatu keputusan susuatu usaha itu di hasilkan dengan ilmu.
  • Kaedah Biasa Yang Membantutkan Kelajuan Membaca

Kaedah Biasa Yang Membantutkan Kelajuan Membaca

Ebook ini akan memberi kaedah bagaimana untuk meningkatkan kelajuan membaca kita. Ia akan jadi satu kemahiran yang berguna bukan sahaja untuk diri kita, malah untuk dipindahkan kepada anak-anak kemudiannya.

Baca cepat atau ‘Speed reading’ memerlukan mata yang terlatih. Melatih dan menstilmulasi mata ini memberikan kesan kepada

ü  Penglihatan
ü  Kekuatan Urat Mata
ü  Ingatan
ü  Emosi
ü  Kreativiti

Ini adalah bukan flashcard ABC biasa. Jika anda biasa dengan kaedah phonic untuk mengajar anak anda membaca, anda akan tahu menggunakan bahagian depannya. Tetapi yang membuatkan ianya istimewa adalah di bahagian belakangnya! Dimana anak kita akan diajak untuk berfikir apa yang mereka lihat didepan kad itu tadi. Ia mengajar anak untuk lebih fokus dengan setiap elemen di flashcard itu dan bukan hanya pada abjad dan perkataan yang berkaitan dengan abjad tersebut. Ia merupakan ‘break’ yang menyeronokkan untuk waktu mengajar mereka huruf sambil mengajar mereka kemahiran meneliti dan kemahiran menyimpan memori fotografik. (Observation Skill dan Photographic Memory) Flashcard ini mempunya huruf A hingga Z dalam bentuk pdf

  • Memperkenalkan Huruf dan Perkataan
  • Mengikut Kaedah Phonic
  • Menstimulasi pemerhatian yang pantas pada kanak-kanak
  • Menceriakan sesi pembelajaran
  • Boleh jadi ‘game’ yang menyeronokkan

 

  • Rohaiza Rashid

    Ampang

    ✭✭✭✭✩

    Teruja Dengan Kemampuan Diri Sendiri

    Assalamualikum Pn. Lina,
     
    Saya sangat teruja meneroka perkara yang saya tidak pernah rasa saya boleh melakukannya.
    Mula-mula tu saya tak ikut saranan latihan dalam ebook ini. Kalau boleh saya nak habiskan juga hari yang sama saya mula membacanya. Rupanya sampai sakit kepala saya.Saya berhenti dan esoknya saya mula balik dan ikut saranan. Alhamdulillah, sekarang saya tengok apa-apa perkataan untuk dibaca, saya terus guna teknik yang saya pelajari. Seronok setiap kali saya dapat benda untuk dibaca di tempat kerja.
     

linakarim

http:www.blog.islamicparentingnetwork.net


Mendidik dan mencari ilmu dizaman ini menggunakan kemahiran yang berbeza dari zaman sebelumnya. Sebaik mungkin, kita tentulah mahu yang terbaik untuk anak kita. Dengan membaca dan mencari, saya dapati 'speed reading' adalah satu kemahiran yang wajib untuk anak-anak saya. Saya juga yakin ianya adalah juga kemahiran yang perlu umat Islam ada untuk menjadi generasi terkehadapan bermula dari sekarang.

Teknik Baca Cepat

oleh Lina Karim

Ebook ini mengandungi modul yang terancang untuk melatih seseorang meningkatkan kelajuan membaca. Ia akan membuka minda kita bahawa membaca di zaman ini tidak sepatutnya mengikut cara kita diajar membaca semasa kecil. Dalam zaman teknologi yang ilmu terlalu banyak dan mudah didapati, masalah utama kita adalah membacanya dengan cepat. Jika kecepatan kita tidak dinaikkan, maka kita akan mudah ketinggalan dan bosan. Seterusnya buku yang baru dibeli, diletak semula dan tinggal untuk mengumpul habuk.
close

Home

Leave a Reply

Contact


Search